Pada 1-2 Disember 2012 saya telah membentangkan kertas kerja pada Seminar
Antarabangsa Al-Qur’an Dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2012) di Permai Hotel,
Kuala Terengganu. Seminar ini dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Kontemporari
Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan tema “Menjana
Transformasi Bertunjangkan al-Quran”.
 |
Sempat bergambar bersama Prof Dato' Dr Zulkifli |
 |
Pembentangan Ustaz Mohd Syakir |
Turut membentang pada ini tiga orang ahli ISDEV yang lain. Dr Mohd
Shukri Hanapi, Dr Zahri Hamat dan Ustaz Mohd Syakir Mohd Rosdi. Dr Mohd Shukri
Hanapi membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Andaian Sumber Alam Terhad
dalam Teori Pembangunan Lazim: Analisis berdasarkan Tasawur Al-Qur’an”. Dr
Zahri Hamat pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Perakaunan Zakat
Penggajian dalam Al-Qur’an: Satu Penilaian Semula”. Akhirnya Ustaz Mohd Syakir
Mohd Rosdi membentangkan “Tahaluf Siyasi daripada Perspektif Al‐Qur’an: Satu Analisis
Konseptual”.
 |
Dr Mohd Shukri Hanapi beraksi |
Saya sendiri membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Kedudukan Wahyu
dan Akal dalam Penyelidikan”. Sekali imbas, tajuk saya seperti sudah jelas dan
tidak perlu diperbincangkan lagi dalam bidang pengajian Islam. Namun kertas
kerja ini sebenarnya melihat kedudukan wahyu dan akal dalam penyelidikan Sains
Sosial. Terutamanya kajian Sains Sosial yang menjalankan kajian berkenaan Islam
dan umat Islam ataupun vice-versa, kajian Islam dan umat Islam yang
menggunakan kaedah penyelidikan Sains Sosial.
 |
Berkongsi ilmu dengan para hadirin |
Ucap tama Seminar Al-Qur’an ini disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd
Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff dari
Universiti Malaya. Selain itu, Prof. Dr. Shehadeh Hmeidi Bakhit al‐‘Umari,
Pengarah Ma’had al‐‘Ali li al‐Qur’an wa
al‐Qiraat, WISE University juga turut menyampaikan ucap tama pada
Seminar ini.
 |
Bersama Prof Dr Shehadeh Hmeidi Bakhit al-'Umari dari WISE dan Dr MUhammad 'Adil dari UIA
|
 |
Ustaz Abdul Hanis tekun membentang |
Selain itu, pada seminar ini juga, terdapat kertas kerja yang
dibentangkan oleh rakan-rakan saya seperti Ustaz Mohd Zamrus
Mohd Ali, Imam Besar Masjid al-Malik Khalid USM. Begitu juga bekas rakan-rakan
seperjuangan semasa di Jordan seperti Ustaz Abdul Hanis Embong (Tutor
USIM), Ustaz Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
(Pensyarah UniSZA) , Ustazah Siti Fatimah Salleh (Pensyarah UniSZA) dan
Ustaz Mahadi Mohamad (Pensyarah UniSZA).
 |
Dr Daud mempengerusikan pembentangan Ustaz Mahadi |
Tidak ketinggalan, bekas para ustaz dan sahabat yang menghadiri
Seminar ini sebagai peserta. Antaranya Ustaz Muhad bin Bidin, pensyarah saya
semasa di Maahad Tahfiz Al-Quran Padang Midin yang kini dikenali sebagai
Institut Al-Quran Terengganu (IQT). Beliau
hadir bersama Ustaz Al-Hafiz Abd Karim sebagai peserta. Kedua-duanya kini
mencurahkan bakti sebagai pensyarah di IQT. Selain itu, saya juga amat bertuah
dapat berjumpa dengan Ustaz Ahmad Zulfa Abdul Samad, Imam Masjid Terapung yang
merupakan rakan sekelas saya semasa pengajian di IQT.
 |
Imam Masjid Terapung memberikan "pose" yang istimewa |
 |
Ustaz Ahmad Shaharuddin Tahar, Dr Zack versi UNiSZA |
Tidak dapat dilupakan juga pengalaman dapat bertemu kembali bekas
ustaz di SMA(A)SZA. Ustaz Ahmad Shaharuddin Tahar yang kini bertugas sebagai
pensyarah di UNiSZA. Sekali pandang, rupanya seakan iras-iras Dr Zakaria
Bahari, pensyarah kanan di ISDEV.
Good job ya Akhi!
ReplyDelete