Tuesday, May 14, 2013

Application to Master of Islamic Development Management (Mixed Mode) at USM for Semester 1, 2013/2014 Academic Session (September Intake)

Application to Master of Islamic Development Management (Mixed Mode) at USM for Semester 1, 2013/2014 Academic Session (September Intake) 

Assalamualaikum w.b.,
Sdr/i yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) secara Mod Campuran di ISDEV Universiti Sains Malaysia telah dibuka dari 18 Mac hingga 14 Jun 2013.

Program ini hanya mengambil masa selama 3 Semester (setahun setengah) sahaja. Setiap pelajar hanya perlu mengikuti 4 mata pelajaran dan menulis satu Disertasi mengandungi 25,000 perkataan (maksima). Pemohon yang mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 2.75 di peringkat Sarjana Muda layak dipertimbangkan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman webhttp://www.ips.usm.my/ atau muat turun borang permohonan dihttp://www.ips.usm.my/downloads/admission.

Sukacita saya memohon bantuan sdr/i untuk mewarwarkan perkara ini kepada sesiapa yang dirasakan sesuai dan mungkin berminat.